Kek Batik Cikgu Menoh

Kek batik oh kek batik..aku masih tertanya-tanya sedap sangatkah? Aku pun da naik bosan makan kek batik ni - memandangkan sudah bertahun-tahun mak aku masak. Orang kata sedap sangat kek batik mak aku ni..sampai ade membe aku cakap "kek batik nombor satu dunia!". Haha..betul ke? Jadi aku kongsi la resepi kek batik 'Cikgu Menoh' ni. Senang je, tak sampai setengah jam..


◯ ◯ 


Berikut adalah bahan-bahan, cara-cara dan tips yang berguna.
Untuk melihat cara-cara membuat dengan lebih jelas sila lihat video diatas dan baca aturan berikut.


Bahan-bahannya adalah seperti berikut :

Biskut Marie (350g) dipatah 2 atau 3

Susu pekat manis (setengah cawan)

Telur (3 biji)

Butter (375g)

Coklat masakan (400g)

Milo (15 sudu penuh)


Cara-caranya :



Campur kesemua bahan diatas di dalam sebuah kuali (kecuali biskut marie). Hidupkan api dan kacau sehingga semua bahan cair dan bercampur dengan sebati.Api jangan terlalu besar.

Apabila campuran sudah sebati, rasa sedikit. Jika suka rasa yang lebih manis, waktu ini tambah lagi susu pekat manis. Jangan berhenti kacau, jika tidak nanti ia berkerak - nanti tak sedap! Terus kacau sehingga mendidih..

Bila telah mendidih, tutup api. Waktu ini adunan akan jadi nampak berminyak (disebabkan butter). Masukkan kesemua biskut marie yang telah dipatahkan dan gaul sehingga sekata. Kuali besar mungkin memudahkan kerja mengaul ni..

Masukkan adunan tadi kedalam sebuah bekas yang beralas plastik sedikit demi sedikit. Tekan perlahan-lahan dengan tangan supaya mampat. Ulang proses ini untuk beberapa kali sehingga habis adunan dalam  kuali. Biarkan sejuk seketika sebelum masuk kedalam peti ais.

Bila sudah keras, keluarkan kek batik dari bekas bersama plastik. Kalau kek batik tak keras, nanti lembik dan sukar untuk dipotong. Bukak bahagian tepi plastik dan sedia untuk dipotong..yummy!


Tips-tips berguna :

+ Kalau nak rasa yang lebih, boleh tambah sedikit koko dan nescafe didalam milo

+ Maksimum 4 biji telur, terlalu banyak telur menjadikan kek batik terlaku mampat

+ Boleh tambah badam atau kacang tanah, tapi tak berapa sedap (bergantung)

+ Gunakan plastik tahan panas untuk mengalas bekas

+ Tambah lemak sayur (shortening) untuk menjadikan kek batik nampak 'berkilat'

+ Jangan biarkan adunan terlalu lama mendidih, jika tidak coklat akan berketul

+ Jika nak jaga kesihatan, minyak dari butter boleh dibuang sedikit setelah api ditutup

+ Nak lebih lawa, boleh campur biskut marie hitam dan putih

+ Biskut marie yang sedap dan rangup Hwa Tai

   (yang tak sedap jenama yg ada harimau..faham2 jela)

+ balut tangan dengan kain tebal/sarung tangan tebal dan bugkus tangan

   anda dengan plastik semasa proses menekan adunan yang ke dalam bekas sebab panas!!

Hasil akhir, selamat mencuba..

Apa-apa pun, selamat mencuba! Tinggalkan komen atau pertanyaan 
anda dibawah. Jangan lupa 'like'! ❏

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...